28 March 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BSMM KUIS KALI KE-9

Pada 26 Mac 2012 (Isnin) yang lalu, BSMM Cabang KUIS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (lebih dikenali sebagai AGM). Mesyuarat Agung ini diadakan di Dewan Senat KUIS tepat jam 3.15 petang. Pada mesyuarat kali ini, pihak BSMM KUIS telah menjemput wakil daripada BSMM Cawangan Selangor iaitu Tuan Azizul Amar Rahmat, selaku Pegawai Reaksi Bencana & Kecemasan. 

 
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada kalangan staf iaitu Ustaz Nothman selaku Pengerusi BSMM KUIS, En. Husni bin Said (Setiausaha Kehormat), En. Ismail bin Abdullah daripada Unit Keselamatan KUIS, En. Muhd Azmi Abdul Hamid (Bendahari Kehormat), Ustazah Siti Nurhajariah Md Isa (Penasihat BSMM KUIS), En. Othman Mohd Noor, Cik Hasdilah dan ramai lagi. Kebetulan pada hari tersebut juga diadakan sukan anjuran MAIS, sebahagian daripada pegawai peringkat staf tidak dapat menghadirkan diri.

Serba sedikit mengenai mesyuarat kali ini, Pengerusi BSMM KUIS memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan. Seterusnya, wakil daripada cawangan Selangor, Tn. Azizul memberikan ucaptama beliau sekaligus meresmikan mesyuarat tersebut. Kemudian diteruskan lagi dengan pengesahan minit mesyuarat pada tahun lepas, pembentangan laporan kewangan dan aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi 2011.

Pada mesyuarat kali ini juga, ada berlaku sedikit perubahan dan pembaharuan untuk struktur organisasi jawatankuasa tertinggi BSMM Cabang KUIS untuk memnatapkan gerak kerja itu sendiri. Mesyuarat diakhiri pada jam 4.30 petang dan sedikit jamuan yang disediakan kepada semua ahli yang hadir.

13 February 2012

LATIHAN DETACHMENT BERSAMA BSMM UiTM PUNCAK ALAM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt. wbt.

Program Latihan Detachment telah diadakan di UiTM Puncak Alam, pada 12 Februari lalu. Kami telah dipelawa untuk menghadiri ke program ini bersama-sama dengan ajk dalaman dan beberapa ahli BSMM UiTM Puncak Alam. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.




Program dimulakan dengan latihan kawad kaki asas, yang bermula dari pukul 8.00 a.m.-10.00a.m, bertempat di padang kawad. Kemudian, kami dijamu dengan sedikit kudapan. Terima kasih !






Sdr. Najiy bersama dengan Sdr. Hisham (kanan)





Pada jam 10.30 pagi, program diteruskan dengan pengenalan jenis-jenis usungan. Pelbagai jenis usungan telah kami pelajari seperti piggy back carry, one rescuer assist, fireman's drag, foot drag, clothes drag dan lain-lain.

En. Wahab juga turut turun padang untuk memberi tunjuk ajar.


Pendak kata, semua peserta berpuas hati dengan program dan berseronok sepanjang program dijalankan. Adalah menjadi harapan kami semua, semoga BSMM Cabang KUIS dan BSMM UiTM Puncak Alam akan terus menjalinkan hubungan dua hala pada masa hadapan. Kalau ada aktiviti-aktiviti jangan segan2 jemput kami! Banyak ilmu baru yang dipelajari semasa program ini berlangsung.

22 January 2012

[MEMO] PERJUMPAAN TERAKHIR SEBELUM KE KURSUS BBOM 2012

Perhatian kepada semua ahli BSMM KUIS yang akan pergi ke Kursus Bantuan Bencana, Operasi & Menyelamat (BBOM), anda dikehendaki hadir untuk taklimat pada ketetapan berikut :-
       
        Tarikh      : 26 Januari 2012 (Khamis)
        Masa        : 8.30 malam
        Tempat     : Foyer PKK


Sila rujuk di papan kenyataan BSMM berkenaan dengan :
1.      Senarai nama pelatih yang akan ke kursus.
2.     Senarai barang yang perlu dibawa & barang larangan.


Sebarang permasalahan boleh diajukan pada taklimat tersebut atau berhubung terus dengan :
- Tn. Hakimi (017-5144523)
- Pn. Zahrah (019-6542425)

HARAP MAKLUM.

06 January 2012

KHIDMAT KOMUNITI "HEALTH SCREEN TEST" 2012

Pada 5 Januari 2012 (Khamis) yang lalu, pelatih daripada seksyen 3,4 dan 7 telah mengadakan program khidmat komuniti iaitu "Health Screen Test" dengan kerjasama daripada 28 orang pelajar dari Kolej Universiti Sains Medic Cyberjaya.

Suasana semasa program berlangsung.

Program ini berlangsung di Garlic Stage, Blok Pentadbiran. Bermula pada jam 9.00 pagi, ramai daripada kalangan pelajar mahupun staff tidak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini.








Pengerusi Cabang KUIS, Ust. Nothman.

Saudari Baniza (kanan) bersama dengan Dekan Kolej Universiti Sains Medic Cyberjaya (kiri)

Ketua Seksyen 3, En. Firdaus bin Abu Daha

Staff daripada Bahgian Keselamatan turut membuat pemeriksaan kesihatan.


Penasihat BSMM Cabang KUIS, Ust. Siti Hajariah.
 Untuk makluman, program ini telah mencapai objektif dan sambutan yang diterima daripada pelajar serta staff KUIS amat positif. Berakhir pada jam 12.00 tengah hari, seramai 200 orang telah melalukan pemeriksaan tersebut. Tahniah diucapkan !
 
Ucapan daripada OC VAD Cabang KUIS, Tn. Fahimi Indra.
Ucapan wakil seksyen 3,4 & 7.
Ucapan daripada wakil Kolej Universiti Sains Medic Cyberjaya.


 
Bergambar sebagai kenang-kenangan.

14 August 2011

PERTEMUAN TERAKHIR KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & salam sejahtera =)

Sedar tak sedar, sesi kokurikulum pada minggu ini adalah pertemuan terakhir pelatih pada semester ini.



Pertemuan kali ini adalah teori & praktikal tayammum & solat ketika sakit. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan kepada semua pelatih tentang solat orang sakit dan kaedah bertayamum yang betul. Untuk pengetahuan, BSMM Cabang KUIS merupakan satu-satunya cabang yang mengetengahkan tayamum dan solat orang sakit di dalam sesi pembelajaran BSMM.


Penceramah jemputan adalah pensyarah daripada Jabatan Syariah, Akademi Islam, KUIS iaitu Ustaz Khairul Fazli.

26 June 2011

PERTEMUAN KEEMPAT KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat followers sekalian =)








Seperti biasa, aktiviti BSMM pada kali ini ialah latihan kawad kaki sesi yang kedua pada 25 Jun 2011 yang lepas, bertempat di gelanggang belakang PKK, bermula pada jam 8.00 pagi.


Pertemuan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Kehadiran ahli pada kali ini juga amat memuaskan.

19 June 2011

PERTEMUAN KETIGA KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera =)

Mengambil kehadiran pelatih perempuan.




Sedikit penerangan oleh PJKK Kebajikan, Tn. Hafiz Sayed.
Buat pembaca sekalian, aktiviti BSMM pada kali ini adalah latihan kawad kaki da pengenalan sejarah bulan sabit merah. Pertemuan ini berlangsung pada Sabtu, 18 Jun 2011 bertempat di Dewan Kuliah Akademi Islam (Lama).


Pak Mail daripada Unit Keselamatan KUIS.

Antara matlamat pengisian pertemuan kali ini ialah agar dapat melatih pelatih untuk berdisplin sepanjang aktiviti dijalankan dan memastikan mereka bersedia untuk Kem Bencana Operasi Menyelamat (BOM) yang akan dijalankan pada sesi akan datang serta memperkenalkan kepada mereka sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia.




Tenaga pengajar jemputan yang memberikan talk mengenai sejarah palang merah ialah Pengerusi Cabang sendiri iaitu Ustaz Nothman bin Mohd Nor. Kehadiran pelatih juga amat memberangsangkan. Pertemuan ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.