09 May 2011

PROGRAM TANAM POKOK BAKAU BERSAMA BSMM CAWANGAN SELANGOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Pada 8 Mei 2011 ( Sabtu ) yang lalu, seramai orang pegawai peringkat mahasiswa BSMM KUIS serta 2 orang pegawai peringkat staff telah menyertai program tanam pokok bakau yang dianjurkan oleh BSMM Cawangan Selangor di Telok Gong, Klang. Mereka ialah saudara Ahmad Shamil Abu Bakar, Mohd Nazreen bin Md Naim, Mohd Hafiz bin Sayed, Mohd Farhan bin Zukri dan Saifulnizam bin Muhammad serta ditemani Pak Mail (Keselamatan) dan Pak Othman.

Suasana di dalam van KUIS semasa dalam perjalanan ke Telok Gong

Selain daripada misi menanam sebanyak 1290 pokok bakau, pihak BSMM Selangor juga menyampaikan kutipan dana untuk membantu mangsa tsunami, gempa bumi dan letupan reaktor nuklear yang berlaku di Jepun baru-baru ini dengan jumlah dana keseluruhan sebanyak RM 28,340.82 yang telah disampaikan oleh Pengerusi BSMM cawangan Selangor, Puan Fatimah binti Sulaiman.
"Bedah" kek sebagai simbolik perasmian program oleh Puan Fatimah binti Sulaiman (topi hitam)
Penyampaian replika cek daripada Pn. Fatimah kepada Mr. Koichi Ito (berdiri tengah)

Sesuatu yang berlaku di sebalik kejayaan menanam pokok bakau dan memberikan bantuan kepada negara matahari terbit itu, apa yang membanggakan BSMM KUIS ialah apabila BSMM KUIS hanya satu-satunya cabang di peringkat kampus yang menyertai program ini, selebihnya adalah sukarelawan daripada BSMM cawangan Selangor dan juga sukarelawan BSMM peringkat sekolah menengah. Syabas diucapkan.

Sdr. Saifulnizam bersama Pak Othman menanam pokok bakau

Antara sukarelawan BSMM di Selangor yang hadir menjayakan majlis

Walaupun keletihan, tetapi apa yang kami dapat adalah lebih daripada sekadar menanam pokok bakau, tetapi semangat berpasukan untuk tujuan kebajikan yang dibawa oleh BSMM selaras dengan tuntutan Islam agar menjaga alam sekitar.