31 October 2009

Program Kertas Kerja Dasar (KKD)

31 OKTOBER 2009

Pada minggu pertama berada di KUIS..BSMM telah menjalankan aktiviti kokurikulumnya seperti biasa..ahli-ahli BSMM KUIS terpaksa mengorbankan masa hujung minggu mereka untuk menghadiri Program KKD ini..tahniah kepada ahli BSMM yang telah hadir..extra mark akan diberikan kepada anda :)

Pengarah program : Pn.Nur Awatif bt. Abdul Hadi
Setiausaha : Cik Farizatul Adila bt. Yusri
Kehadiran Ahli Majlis Tertinggi : 24 / 26 orang

Program ini sepatutnya bermula pada jam 0830..tetapi ada kesilapan pada memo yang telah ditampal..so, program telah bermula pada jam 0900..

Setiap seksyen telah diberi tempat untuk menyelesaikan masalah berkenaan Program Khidmat Komuniti mereka, termasuklah pemilihan Ahli Jawatankuasa, belanjawan, tentatif program, dan semua yang berkaitan dengan kertas kerja.

Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan baik walaupun ada cacat celanya..semua ahli BSMM sesi II 09/10 telah memberi komitmen yang memberangsangkan. Syabas kepada semua..

Terima kasih kepada Pengerusi kita USTAZ MOHD NOTHMAN B. MOHAMAD NOH kerana sanggup meluangkan masa bersama ahli-ahli BSMM semasa program dijalankan.Berkongsi pendapat dan sebagainya...

Tetapi, apa yang agak kecewa, mereka yang tidak mengahadirkan diri..hal ini agak menyusahkan ahli-ahli seksyen untuk membuat mesyuarat mengenai Program Khidmat Komuniti mereka...

Sebelum bersurai, Ahli Majlis Tertinggi telah meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap komitmen, kerjasama, ketepatan waktu ahli-ahli BSMM sesi II 09/10..

Harap apa yang telah disampaikan, ditegur, ahli-ahli BSMM sesi II 09/10 dapat menerima dengan hati terbuka dan berfikar dimanakah kesilapan yang telah dilakukan.

Majlis bersurai pada jam 1330..

Secara keseluruhannya (selepas post mortem), kami agak berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli BSMM yang telah hadir pada pagi tadi..sekali lagi.. EXTRA MARK AKAN DIBERIKAN KEPADA ANDA...

sekian, wassalam

aksi-aksi semasa perbincangan
post by: forever love