21 November 2009

Aktiviti 14/11/2009

Pada 14 November 2009, aktiviti Kokurikulum BSMM adalah PENGENALAN KEPADA PCA PENERANGAN TUGAS-TUGAS ORGANISASIINGGI PERINGKAT MAJLIS TERTINGGI PERNGKAT PELAJAR. Aktiviti bermula pada jam 830 pagi. Pada hari itu, aktiviti dimulakan dengan senaman ringan, tarian poco-poco dan senam si Tommy.

Selepas itu barulah Pengenalan PCA dimulakan. Mereka juga ditunjukkan ikatan anduh asas seperti Anduh Besar, Anduh Selesa dan Anduh Kecil.

Setelah aktiviti itu selesai, mereka diberi taklimat berkenaan Tugas-tugas Majlis Tertinggi & AJK2 pelajar cabang KUIS. Borang Interview juga diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mencari pelapis MT-MT lama.

Pada waktu itu juga, t-shirt BSMM juga diedarkan kepada ahli-ahli BSMM yang telah bayar.

Aktiviti tamat pada jam 1230 tengahari.

SILA AMBIL PERHATIAN

Kaunter pembayaran untuk Kursus Pertolongan Cemas akan dibuka di depan AUDITORIUM PENTADBIRAN pada :-

Tarikh : 31/12/2009 - 2/01/10
Hari : Isnin - Rabu
Masa : 9am - 12 pm, 2pm - 4pm
Jumlah bayaran : RM5 (yuran pendaftaran)
RM4 (kain anduh)

Sila bawa duit sebanyak RM9 untuk yuran pendaftaran dan kain anduh selepas cuti pertengahan semester. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada MT peringkat pelajar.

06 November 2009

Sistem Gred Bagi Kegiatan Ko-kurikulum Untuk Pelajar IPTA


PULAU PINANG: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang mewujudkan sistem pemberian gred kepada pelajar yang aktif mengikuti kegiatan ko-kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula pada sesi semester akan datang.

Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata cadangan itu bertujuan mengiktiraf pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang menaikkan nama universiti sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Beliau berkata cadangan itu kini dalam peringkat rundingan akhir dengan semua IPTA bagi mewujudkan keselarasan dari segi pemberian gred.

“Ini penting kepada pelajar yang aktif dan memudahkan pihak majikan untuk membuat pilihan semasa mereka (graduan) menghadiri sesi temuduga,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Malam Kebudayaan India di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam tadi.

Katanya, pemberian gred itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan para pelajar dalam kegiatan untuk mempelajari kemahiran di pelbagai bidang.

“Sebagai permulaan sistem ini akan dilaksanakan di IPTA dahulu dan akan diperluaskan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” katanya.

Mustapa berkata gred bagi aktiviti ko-kurikulum itu akan diasingkan daripada markah akademik.

“Gred untuk aktiviti ko-kurikulum ini dinilai dari satu hingga 10. Sistem ini juga bertujuan menilai personaliti seseorang individu dan ini penting untuk pasaran kerja yang akan diceburi kelak,” katanya.

Beliau turut berkata pemberian gred bagi kegiatan ko-kurikulum kesinambungan daripada syarat kelayakan kemasukan bagi seorang pelajar sekolah ke universiti.

“Kalau masa sekolah dulu antara syarat untuk belajar di IPT seorang pelajar itu mesti aktif dalam ko-kurikulum, jadi ini adalah kesinambungan daripada syarat itu bagi melayakkan pelajar untuk memasuki pasaran kerja,” katanya.-http://bsmmcuitm.wordpress.com/2008/02/02/sistem-gred-bagi-kegiatan-kokurikulum-untuk-pelajar-ipta/#more-91

PBA HOLDINGS BHD DONATED DRINKING WATER FOR PADANG, SUMATERA EARTHQUAKE


PBA Holdings Bhd donated 5,000 cartons of drinking water for the victims of Padang earthquake. The presentation ceremony was held at the MRC Headquarters by the Chief Executive Officer of PBA Holdins Bhd, Ir. Jaseni Maidinsa to the Malaysian Red Crescent, Secretary General.-http://redcrescent.org.my/drupal/

First Aid Tips



WHAT IS FIRST AID?

FIRST AID

First Aid is the first assistance or treatment given for a sick or injured person (called casualty) before the arrival of an ambulance or qualified expert.

OBJECTIVES OF FIRST AID

TO SAVE LIVES

* If unconscious keep the airway clear
* Make sure the casualty is breathing
* Stop any bleeding
* Treat other injuries in the right order

TO PREVENT FUTHER INJURY

* Never move the casualty unless there is danger, to avoid further injury
* Comfort and reassure the casualty
* Give protection from the cold, exercise heat or wet conditions

TO OBTAIN MEDICAL AID

* Ask someone to call an ambulance or doctor as soon as possible.
* Always stay with the victim until help arrives.


BLEEDING

If too much blood is lost from the body through a wound or other injury, the casualty may die, always stop the bleeding promptly.

WHAT TO DO

- If the wound is minor and dirty, lightly rinse it with running water, if available, until it is clean.

- Wash your hands before and after giving first aid and avoid getting blood on your hands or body especially if you have any open cuts or wounds.

Wash Hands & Use Sterile Dressing

- Stop the flow of blood by pressing firmly on the wound, or hold the cut edges together. Put a bulky dressing firmly on the wound. If a suitable dressing cannot be found quickly, use a folded pad of material or tissues. Keep firm pressure on the wound for 10 minutes with the casualty lying down, if possible.

- If the wound is on a limb, raise the injured part to slow down bleeding. Comfort and reassure the casualty.

Stop the flow of blood by applying direct pressure and elevating the limb.

- If the blood comes through the first dressing pad, check that it is in the right place. If still bleeds, apply further pad – do not remove original pad.

- Keep the wounded part raised for a while, until the bleeding has stopped. A doctor should check all severe wounds. Some will need stitches to help them to heal.

- A puncture wound, such as an injury from a rusty nail, or a bite from a cat or dog, may become infected later. The casualty should see the doctor as soon as possible, because an anti-tetanus injection may be needed.-http://redcrescent.org.my/drupal/node/26

31 October 2009

Program Kertas Kerja Dasar (KKD)

31 OKTOBER 2009

Pada minggu pertama berada di KUIS..BSMM telah menjalankan aktiviti kokurikulumnya seperti biasa..ahli-ahli BSMM KUIS terpaksa mengorbankan masa hujung minggu mereka untuk menghadiri Program KKD ini..tahniah kepada ahli BSMM yang telah hadir..extra mark akan diberikan kepada anda :)

Pengarah program : Pn.Nur Awatif bt. Abdul Hadi
Setiausaha : Cik Farizatul Adila bt. Yusri
Kehadiran Ahli Majlis Tertinggi : 24 / 26 orang

Program ini sepatutnya bermula pada jam 0830..tetapi ada kesilapan pada memo yang telah ditampal..so, program telah bermula pada jam 0900..

Setiap seksyen telah diberi tempat untuk menyelesaikan masalah berkenaan Program Khidmat Komuniti mereka, termasuklah pemilihan Ahli Jawatankuasa, belanjawan, tentatif program, dan semua yang berkaitan dengan kertas kerja.

Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan baik walaupun ada cacat celanya..semua ahli BSMM sesi II 09/10 telah memberi komitmen yang memberangsangkan. Syabas kepada semua..

Terima kasih kepada Pengerusi kita USTAZ MOHD NOTHMAN B. MOHAMAD NOH kerana sanggup meluangkan masa bersama ahli-ahli BSMM semasa program dijalankan.Berkongsi pendapat dan sebagainya...

Tetapi, apa yang agak kecewa, mereka yang tidak mengahadirkan diri..hal ini agak menyusahkan ahli-ahli seksyen untuk membuat mesyuarat mengenai Program Khidmat Komuniti mereka...

Sebelum bersurai, Ahli Majlis Tertinggi telah meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap komitmen, kerjasama, ketepatan waktu ahli-ahli BSMM sesi II 09/10..

Harap apa yang telah disampaikan, ditegur, ahli-ahli BSMM sesi II 09/10 dapat menerima dengan hati terbuka dan berfikar dimanakah kesilapan yang telah dilakukan.

Majlis bersurai pada jam 1330..

Secara keseluruhannya (selepas post mortem), kami agak berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli BSMM yang telah hadir pada pagi tadi..sekali lagi.. EXTRA MARK AKAN DIBERIKAN KEPADA ANDA...

sekian, wassalam

aksi-aksi semasa perbincangan
post by: forever love

06 July 2009

Selamat Datang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Blog Rasmi BSMM Cabang KUIS. Blog ini masih dalam proses pembangunan. Sebarang pertanyaan atau pendapat anda boleh ajukan kepada bsmmkuis@gmail.com

Semoga BSMM KUIS terus maju.