14 August 2011

PERTEMUAN TERAKHIR KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & salam sejahtera =)

Sedar tak sedar, sesi kokurikulum pada minggu ini adalah pertemuan terakhir pelatih pada semester ini.



Pertemuan kali ini adalah teori & praktikal tayammum & solat ketika sakit. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan kepada semua pelatih tentang solat orang sakit dan kaedah bertayamum yang betul. Untuk pengetahuan, BSMM Cabang KUIS merupakan satu-satunya cabang yang mengetengahkan tayamum dan solat orang sakit di dalam sesi pembelajaran BSMM.


Penceramah jemputan adalah pensyarah daripada Jabatan Syariah, Akademi Islam, KUIS iaitu Ustaz Khairul Fazli.

26 June 2011

PERTEMUAN KEEMPAT KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat followers sekalian =)








Seperti biasa, aktiviti BSMM pada kali ini ialah latihan kawad kaki sesi yang kedua pada 25 Jun 2011 yang lepas, bertempat di gelanggang belakang PKK, bermula pada jam 8.00 pagi.


Pertemuan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Kehadiran ahli pada kali ini juga amat memuaskan.

19 June 2011

PERTEMUAN KETIGA KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera =)

Mengambil kehadiran pelatih perempuan.




Sedikit penerangan oleh PJKK Kebajikan, Tn. Hafiz Sayed.
Buat pembaca sekalian, aktiviti BSMM pada kali ini adalah latihan kawad kaki da pengenalan sejarah bulan sabit merah. Pertemuan ini berlangsung pada Sabtu, 18 Jun 2011 bertempat di Dewan Kuliah Akademi Islam (Lama).


Pak Mail daripada Unit Keselamatan KUIS.

Antara matlamat pengisian pertemuan kali ini ialah agar dapat melatih pelatih untuk berdisplin sepanjang aktiviti dijalankan dan memastikan mereka bersedia untuk Kem Bencana Operasi Menyelamat (BOM) yang akan dijalankan pada sesi akan datang serta memperkenalkan kepada mereka sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia.




Tenaga pengajar jemputan yang memberikan talk mengenai sejarah palang merah ialah Pengerusi Cabang sendiri iaitu Ustaz Nothman bin Mohd Nor. Kehadiran pelatih juga amat memberangsangkan. Pertemuan ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. 


12 June 2011

PERTEMUAN KEDUA KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian.

Aktiviti kokurikulum diteruskan lagi dengan Salam BSMM pada Sabtu, 11 Jun 2011 seperti yang telah diberitahu pada entri sebelum ini.

 

Pertemuan ini dimulakan dengan pendaftaran ahli pada jam 7.45 pagi, pembahagian seksyen dan seterusnya kutipan yuran keahlian serta gambar passport.


Pada pertemuan kali ini, pihak kami memperkenalkan sekali lagi kepada ahli tentang organisasi pegawai dan menceritakan tentang sejarah palang merah. 


Kami juga turut memperkenalkan kepada ahli cara membuat surat ketidakhadiran menghadiri kokurikulum mengikut format yang betul. 


Pihak Oc Training juga telah memberi amaran kepada pelatih yang tidak mengemukakan surat pengecualian kokurikulum supaya menghantar surat secepat mungkin agar tidak berlaku masalah pelatih yang akan gagal.


Pertemuan kali ini berakhir pada jam  12.15 tengah hari. =)


08 June 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BSMM KUIS KALI KE-8

Pada 8 Jun 2011 yg lalu, Mesyuarat Agung Tahunan BSMM Cabang KUIS telah diadakan bagi sesi kali ini. Pihak kami telah menjemput Pengerusi Cawangan Selangor sendiri, Pn. Fatimah binti Sulaiman untuk menghadiri mesyuarat ini.












Bergambar selepas selesai mesyuarat :D

09 May 2011

PROGRAM TANAM POKOK BAKAU BERSAMA BSMM CAWANGAN SELANGOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Pada 8 Mei 2011 ( Sabtu ) yang lalu, seramai orang pegawai peringkat mahasiswa BSMM KUIS serta 2 orang pegawai peringkat staff telah menyertai program tanam pokok bakau yang dianjurkan oleh BSMM Cawangan Selangor di Telok Gong, Klang. Mereka ialah saudara Ahmad Shamil Abu Bakar, Mohd Nazreen bin Md Naim, Mohd Hafiz bin Sayed, Mohd Farhan bin Zukri dan Saifulnizam bin Muhammad serta ditemani Pak Mail (Keselamatan) dan Pak Othman.

Suasana di dalam van KUIS semasa dalam perjalanan ke Telok Gong

Selain daripada misi menanam sebanyak 1290 pokok bakau, pihak BSMM Selangor juga menyampaikan kutipan dana untuk membantu mangsa tsunami, gempa bumi dan letupan reaktor nuklear yang berlaku di Jepun baru-baru ini dengan jumlah dana keseluruhan sebanyak RM 28,340.82 yang telah disampaikan oleh Pengerusi BSMM cawangan Selangor, Puan Fatimah binti Sulaiman.
"Bedah" kek sebagai simbolik perasmian program oleh Puan Fatimah binti Sulaiman (topi hitam)
Penyampaian replika cek daripada Pn. Fatimah kepada Mr. Koichi Ito (berdiri tengah)

Sesuatu yang berlaku di sebalik kejayaan menanam pokok bakau dan memberikan bantuan kepada negara matahari terbit itu, apa yang membanggakan BSMM KUIS ialah apabila BSMM KUIS hanya satu-satunya cabang di peringkat kampus yang menyertai program ini, selebihnya adalah sukarelawan daripada BSMM cawangan Selangor dan juga sukarelawan BSMM peringkat sekolah menengah. Syabas diucapkan.

Sdr. Saifulnizam bersama Pak Othman menanam pokok bakau

Antara sukarelawan BSMM di Selangor yang hadir menjayakan majlis

Walaupun keletihan, tetapi apa yang kami dapat adalah lebih daripada sekadar menanam pokok bakau, tetapi semangat berpasukan untuk tujuan kebajikan yang dibawa oleh BSMM selaras dengan tuntutan Islam agar menjaga alam sekitar.

23 March 2011

lagu rasmi BSMM

salam sejahtera kpd semua follower blog rasmi BSMM KUIS..ok kali nih admin xde gambar juga nak upload...hari2 gambar..hari2 gambar.gambar hari2..dah tuh bile nak story nyer...ok..kali nih juga bukan story yg admin nak ceritakan..tp admin nak ajak anda2 semua yg berada diluar sane utk bersama2 karoke..eh..salah..nyanyikan lagu rasmi BSMM yg digunakan diseluruh malaysia dan juga sabah serawak.....mari kite sama2 nyanyi..admin taw anda semua biasa nyanyi time mandi..so kali nih anda nyanyi depan laptop or PC masing2.. jom~!

Bulan sabit merah di malaysia,
giat berjasa utk negara,
tidak kira kaum dan agama,
waktu aman atau bahaya

dimana jua adanya sengsara,
disana ada kita,
didarat dan laut kita bersedia,
walaupun diancam bahaya.

Bulan Sabit Merah gerakan sedunia,
membantu semua yang menderita,
badan sukarela berkhidmat,
dengan tabah dan bersemangat.



ha,camner?ok x dgn lagu tuh?klu xok sila ulang banyak2 kali sehingga anda ok dgn lirik lagu tuh..senang je..lagunya rancak....melodi pop agaknyer..ok..admin xdpt nk upload  video yg dibuat khas oleh Tn.Yusnizam bin Yusoff salah seorang dari jurulatih bagi ahli2 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang KUIS...sape2 yg nak tuh blh mintk pd pegawai2 lame yer..haa..setakat tu dulu story utk kali nih...harap anda berpuas hati dgn lagu tersebut...sekian~!

09 February 2011

MAJLIS PENUTUP KOKURIKULUM BSMM CABANG KUIS

Assalamualaikum. Untuk kali ini, admin nak berkongsi sedikit berkenaan satu majlis yg telah berlangsung baru-baru ini di Auditorium Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 30 Januari 2011. Majlis yang dimaksudkan adalah Majlis Penutup Kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia bagi kali pertama. Selain itu juga, majlis ini adalah julung-julung kalinya diadakan sebagai meraikan pelatih-pelatih yg telah berjaya menamatkan latihan sepanjang 2 semester dan berjaya menyelesaikan semua tugasan yg telah diberikan kpd mereka. Majlis ini berlangsung dalam suasana yg  meriah dengan kehadiran lebih 100 pelatih jemputan dan juga seramai 20 VIP iaitu para pegawai sesi 2010/2011 yg  turut diraikan pada majlis tersebut. Di bawah ni admin sediakan gambar-gambar untuk tatapan umum, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat:




ketibaan para tetamu jemputan..kena amik kehadiran dulu..bawu bleh masuk..macam pegi konsert maher zain kat shah alam la pulak..



wat kawad time hujan k?ooohhh...kat KUIS cuaca sejuk seperti di cameron highland time nih...patut lah..kabus saje...



para pelatih yg bertugas bagi menjayakan program penutup diberikan taklimat ringkas oleh pengarah program



kaunter pendaftaran tetamu jemputan...sempat memberikan pose ketika lensa kamera dihalakan kpd mereka..



masih tercarik2 nama kut2 kalau xde dlm list senarai ahli aktif BSMM KUIS sesi 2010/2011..



org2 kuat belakang tabir sedang bersiap sedia menerima kehadiran VIP sebentar saje lagi..





dua org pengacara majlis yg memeriahkan lagi suasana...rafini aman dan najiy...yezzaa...sempoi dan bersahaja ketika mereka mengendalikan majlis


antara VIP yg tiba lebih awal..tn.OC VAD sendiri dan bakal OC VAD bawu sesi 2011/2012 dan juga pengarah program penutup fahimi indra pramanta...org jawa pengarah nih...





bacaan doa oleh saudara firdaus bagi pembuka majlis..supaya majlis lebih diberkati...





ucapan aluan oleh pengarah program..baru 1st time jadi pengarah program katenyer..tu yg gugup bile bercakap atas stage..



ucapan aluan oleh OC VAD sesi 2010/2011...



antara pelatih yg hadir dlm majlis penutupan koko kali nih..julung kali diadakan dan insyaallah akan diteruskan utk sesi akan dtg..



kat barisan depan tuh antara VIP yg hadir pd majlis penutupan tersebut...



anugerah pelatih lelaki terbaik...saudara hafiz! tahniah diucapkan..



anugerah pelatih perempuan terbaik...saudari rafidah.



yg nih lupe anugerah ape...maaf qamarul ariffin...


yg nih pon same..banyak sangat anugerah yg dipertandingkan pd hari tuh...




anugerah pegawai harapan bahagian operasi terbaik lelaki..tn.nizam kasban


anugerah bakti sepanjang hayat..pn.zahrah




yg nih pon same..anugerah bakti sepanjang hayat..pn.fateen aida...




anugerah bakti sepanjang hayat,anugerah RDS terbaik dpt kat tn.asraf nih..tahniah diucapkan..


anugerah bakti sepanjang hayat juga..dari bahagian operasi...cik hidayah..



pak mus jugak tidak ketinggalan utk dptkan anugerah bakti sepanjang hayat tuh...



salah seorang pegawai BSMM cabang KUIS jugak...cik fashihah nama beliau...tahniah~!




pegawai kesayangan kami semua..tn.OC VAD kite..tn.mohd zulhelmi zailan...menerima anugerah pencapaian terbaik klu xsalah =)




pn.adilla nama beliau..anugerah bakti sepanjang hayat juga...



anugerah utk bendahari BSMM cabang KUIS...yess...orgnye pendiam saje...pn.anis mardhiah nama beliau...





ni bakal OC.TRAINING paling garang abad nih...siap anda semua bakal2 pelatih bawu sesi 2011/2012...



nih lah bakal OC.VAD sesi 2011/2012 yg akan menggantikan tn.zulhelmi...tahniah diucapkan kpd tn.ahmad shamil bin abu bakar


kedatangan tanpa diduga...yezza..pn.afiqah dtg disaat2 hampir habis majlis dan masa nm beliau disebut utk menerima anugerah...dia muncul secara tiba2..terbaik dr ladang..yezzaaa



anugerah utk PJKK seranta bagi sesi 2010/2011..tn.muhd syarafi bin mohd salleh..tahniah juga diucapkan..




en.farhan zukri...menerima anugerah bagi pihak beliau sendiri ...



sesi penyerahan kuasa kpd OC VAD bawu...yezzza..eh..salah...amik anugerah rupanyer...maaf2..




bergambar bersama mantan2 pegawai sesi 2010/2011 yg akan bersara tidak lama lagi..



bersama pelatih2 yg menjayakan program penutup koko pd kali nih...anda semua adalah yg terbaik~!



bersama bakal pegawai sesi 2011/2012 dan juga pelatih2 yg membantu menjayakan program penutup bagi sesi kali nih...ucapan tahniah diucapkan kpd semua..



makan time~! sila amik sendiri...



yg nih antara bakal pegawai bagi sesi akan dtg dan juga pelatih yg membantu menjayakan program penutup koko BSMM cabang KUIS bagi sesi kali nih..tahniah diucapkan...



ok,puas x lihat gambar2 yg admin dah sediakan?harap anda semua berpuas hati dan mohon maaf andai ade yg admin xbgtahu dan xsebut nm dlm entri kali nih..banyak sangat nama nak kena ingat..sampaikan nama sendiri pon xingat....sekadar gurauan semata2..diharapkan program seperti ni dpt diteruskan lagi utk sesi akan dtg dan harap akan lebih  meriah dr yg ini...jutaan tahiah diucapkan kpd semua yg menjayakan program kali nih secara langsung mahupun tidak langsung....sekadar nih dlu utk entri kali nih..jumpa lagi di entri akan datang...sekian