28 March 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BSMM KUIS KALI KE-9

Pada 26 Mac 2012 (Isnin) yang lalu, BSMM Cabang KUIS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (lebih dikenali sebagai AGM). Mesyuarat Agung ini diadakan di Dewan Senat KUIS tepat jam 3.15 petang. Pada mesyuarat kali ini, pihak BSMM KUIS telah menjemput wakil daripada BSMM Cawangan Selangor iaitu Tuan Azizul Amar Rahmat, selaku Pegawai Reaksi Bencana & Kecemasan. 

 
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada kalangan staf iaitu Ustaz Nothman selaku Pengerusi BSMM KUIS, En. Husni bin Said (Setiausaha Kehormat), En. Ismail bin Abdullah daripada Unit Keselamatan KUIS, En. Muhd Azmi Abdul Hamid (Bendahari Kehormat), Ustazah Siti Nurhajariah Md Isa (Penasihat BSMM KUIS), En. Othman Mohd Noor, Cik Hasdilah dan ramai lagi. Kebetulan pada hari tersebut juga diadakan sukan anjuran MAIS, sebahagian daripada pegawai peringkat staf tidak dapat menghadirkan diri.

Serba sedikit mengenai mesyuarat kali ini, Pengerusi BSMM KUIS memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan. Seterusnya, wakil daripada cawangan Selangor, Tn. Azizul memberikan ucaptama beliau sekaligus meresmikan mesyuarat tersebut. Kemudian diteruskan lagi dengan pengesahan minit mesyuarat pada tahun lepas, pembentangan laporan kewangan dan aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi 2011.

Pada mesyuarat kali ini juga, ada berlaku sedikit perubahan dan pembaharuan untuk struktur organisasi jawatankuasa tertinggi BSMM Cabang KUIS untuk memnatapkan gerak kerja itu sendiri. Mesyuarat diakhiri pada jam 4.30 petang dan sedikit jamuan yang disediakan kepada semua ahli yang hadir.

No comments:

Post a Comment