12 June 2011

PERTEMUAN KEDUA KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian.

Aktiviti kokurikulum diteruskan lagi dengan Salam BSMM pada Sabtu, 11 Jun 2011 seperti yang telah diberitahu pada entri sebelum ini.

 

Pertemuan ini dimulakan dengan pendaftaran ahli pada jam 7.45 pagi, pembahagian seksyen dan seterusnya kutipan yuran keahlian serta gambar passport.


Pada pertemuan kali ini, pihak kami memperkenalkan sekali lagi kepada ahli tentang organisasi pegawai dan menceritakan tentang sejarah palang merah. 


Kami juga turut memperkenalkan kepada ahli cara membuat surat ketidakhadiran menghadiri kokurikulum mengikut format yang betul. 


Pihak Oc Training juga telah memberi amaran kepada pelatih yang tidak mengemukakan surat pengecualian kokurikulum supaya menghantar surat secepat mungkin agar tidak berlaku masalah pelatih yang akan gagal.


Pertemuan kali ini berakhir pada jam  12.15 tengah hari. =)


No comments:

Post a Comment