26 June 2011

PERTEMUAN KEEMPAT KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat followers sekalian =)








Seperti biasa, aktiviti BSMM pada kali ini ialah latihan kawad kaki sesi yang kedua pada 25 Jun 2011 yang lepas, bertempat di gelanggang belakang PKK, bermula pada jam 8.00 pagi.


Pertemuan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Kehadiran ahli pada kali ini juga amat memuaskan.

19 June 2011

PERTEMUAN KETIGA KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera =)

Mengambil kehadiran pelatih perempuan.




Sedikit penerangan oleh PJKK Kebajikan, Tn. Hafiz Sayed.
Buat pembaca sekalian, aktiviti BSMM pada kali ini adalah latihan kawad kaki da pengenalan sejarah bulan sabit merah. Pertemuan ini berlangsung pada Sabtu, 18 Jun 2011 bertempat di Dewan Kuliah Akademi Islam (Lama).


Pak Mail daripada Unit Keselamatan KUIS.

Antara matlamat pengisian pertemuan kali ini ialah agar dapat melatih pelatih untuk berdisplin sepanjang aktiviti dijalankan dan memastikan mereka bersedia untuk Kem Bencana Operasi Menyelamat (BOM) yang akan dijalankan pada sesi akan datang serta memperkenalkan kepada mereka sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia.




Tenaga pengajar jemputan yang memberikan talk mengenai sejarah palang merah ialah Pengerusi Cabang sendiri iaitu Ustaz Nothman bin Mohd Nor. Kehadiran pelatih juga amat memberangsangkan. Pertemuan ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. 


12 June 2011

PERTEMUAN KEDUA KOKO SESI 1 (2011/2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian.

Aktiviti kokurikulum diteruskan lagi dengan Salam BSMM pada Sabtu, 11 Jun 2011 seperti yang telah diberitahu pada entri sebelum ini.

 

Pertemuan ini dimulakan dengan pendaftaran ahli pada jam 7.45 pagi, pembahagian seksyen dan seterusnya kutipan yuran keahlian serta gambar passport.


Pada pertemuan kali ini, pihak kami memperkenalkan sekali lagi kepada ahli tentang organisasi pegawai dan menceritakan tentang sejarah palang merah. 


Kami juga turut memperkenalkan kepada ahli cara membuat surat ketidakhadiran menghadiri kokurikulum mengikut format yang betul. 


Pihak Oc Training juga telah memberi amaran kepada pelatih yang tidak mengemukakan surat pengecualian kokurikulum supaya menghantar surat secepat mungkin agar tidak berlaku masalah pelatih yang akan gagal.


Pertemuan kali ini berakhir pada jam  12.15 tengah hari. =)


08 June 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BSMM KUIS KALI KE-8

Pada 8 Jun 2011 yg lalu, Mesyuarat Agung Tahunan BSMM Cabang KUIS telah diadakan bagi sesi kali ini. Pihak kami telah menjemput Pengerusi Cawangan Selangor sendiri, Pn. Fatimah binti Sulaiman untuk menghadiri mesyuarat ini.












Bergambar selepas selesai mesyuarat :D