03 February 2011

MAJLIS MAKAN TENGAH HARI BERSAMA PENGERUSI BSMM CABANG KUIS

Assalamualaikum dan salam merah buat semua follower dan ahli BSMM sekalian. Untuk kali ini admin ingin berkongsi satu aktiviti yang telah dijalankan bersama-sama mantan-mantan pegawai sesi 2010/2011 pada 23 Januari yang lepas. Kami semua telah diraikan dalam satu majlis makan tengah hari di Restoran Anje yang terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Selangor.



Pada majlis makan tersebut antara VIP yang turut serta ialah Tn.Nothman sendiri selaku pengerusi BSMM cabang KUIS, Tn.Ismail merangkap jurulatih kawad kami semua dan tidak ketinggalan Tn. Husni selaku Setiausaha Kehormat cabang KUIS bersama-sama keluarga tercinta beliau.

Kami bergerak dari kolej lebih kurang jam 12 tengah hari dan lebih kurang jam 12.15 kami tiba di restoran tersebut.


Memang ramai pengunjung yang datang untuk manjamu selera di situ. Kalau lambat memang tak dapat tempat duduk lah. =)


Doakan kejayaan kami semua yang akan menghadapi final exam tidak lama lagi. Sebarang cadangan dan kritikan boleh di email : bsmmkuis@gmail.com


1 comment: