ha,tajuk yg admin akan ketengahkan kali nih agak gempak dan sudah pastinye dtg drpd Tn. OC VAD kite utk dikongsikan bersama2 dgn blogger2 dan juga ahli2 BSMM yg sentiasa menjenguk dan singgah utk memberikan komen dan juga pendapat kpd admin supaya dpt di tambah dan seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti blog rasmi BSMM KUIS pd kali ini..
mari kita sama2 lihat apekah yg cube disampaikan oleh Tn.OC VAD kite kpd semua:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, Tuhan sekelian alam, yang menjadikan siang dan malam, atas rahmat dan inayahnya dengan naungan dan limpah kurnia kasih sayangnya kepada kita dapat saya melontarkan kalam menerusi warkah ini.
Setelah hampir setahun berkhidmat dan diberi mandat, akhirnya kami sebagai Jawatankuasa Pelaksana Ko-Kurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia sesi 2010-2011 bakal melabuhkan tirai pentadbiran yang sekian kalinya belayar menyusuri badai dan arus. Tidak dinafikan, setiap sesuatu itu mempunyai kelemahan dan itulah tandanya kita sebagai abdi kepada Pencipta-Nya.
Namun, disebalik arus dan badai perubahan-perubahan positif terus dilakukan, atas inisiatif pelbagai pihak, hasrat dan transformasi sedikit demi sedikit telah membuahkan hasil. Antara perubahan itu merangkumi:
1. Sistematik dalam pentadbiran :
- Merangka sebuah jawatankuasa yang mantap dan kukuh dalam bilangan yang sederhana serta berdaya saing dalam memberi khidmat bantuan.
- memperkenalkan kad kehadiran kepada setiap ahli bagi memudahkan proses pemarkahan.
- Menyusun atur setiap pergerakkan pelatih mengikut jadual yang telah digaris pandukan.
- Pendaftaran dilakukan awal dan mengikut jangka masa yang ditentukan.
2. Latihan dan program:
- Memperkenalkan konsep “Tegas ,Berkemah dan Adil” dalam menjayakan setiap aktiviti mingguan.
- Menitikberatkan seluruh aspek pemarkahan tanpa memberatkan pihak yang tidak sepatutnya.
- Memperkenalkan “khidmat sosial kepada pelajar Maahad Tahfiz “ dan pendedahan kepada pertolongan cemas.
- Mempelbagaikan konsep dalam program bukan hanya kepada ceramah tetapi pendekatan praktikal menjadi asas.
3. Kebajikan:
- Mengurangkan kos utility terhadap pelatih dari segi pembelian pakaian, yuran dan sebagainya.
- Melindungi setiap “Orang Kelainan Upaya” dalam memberikan khidmat terbaik tanpa ada sebarang diskriminasi.
4. Jaringan Kerjasama:
- Memantapkan kerjasama antara cabang dan cawangan menerusi program-program yang di anjurkan seperti Latihan Simulasi Bencana Alam, Rapid Deployment Squad (RDS) dan sebagainya.
- Memulakan perbincangan tertutup antara cabang-cabang luar dalam merangka program bersama seperti UKM dan Petaling.
Transformasi juga telah dilakukan dalam seluruh aspek sama ada yang terang dan tersembunyi mengikut citarasa dan peredaran zaman demi memastikan kelangsung Bulan Sabit Merah Malaysia berjalan lancar dan diteima umum. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa yang bekerja tidak kira penat lelah, hujan dan panas demi memastikan setiap yang diusahakan berjalan lancar.
Terima kasih ini juga saya tujukan kepada pucuk pimpinan, Tn Mohd Nothman Bin Mohamad Nor atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menerajui kepimpinan dan memberi sepenuh kerjasama atas setiap usaha yang dilakukan. Semoga segala usaha mendapat balasan syurga Allah Taala kelak.
Akhir kalam, buat pimpinan yang bakal menerajui Bulan Sabit Merah Malaysia cabang KUIS sesi 2011/2012, buatlah yang terbaik demi memastikan transformasi ini mencapai sasaran yang dihajati dan tanamkanlah dalam diri kalian bahawa kesukarelawanan itu merupakan suatu tuntutan fardhu kifayah yang telah ditentukan ganjaran istimewa di sisi Allah Taala.
ha,yg ikhlas sudah tentu drpd Tn.OC VAD BSMM KUIS kita khas ditujukan kpd semua ahli dan juga pegawai2 BSMM KUIS bagi sesi kali ini..semoga dgn ape yg diusahakan oleh Tn.OC VAD kite neh dpt membantu dlm menaikkan martabat BSMM KUIS ke peringkat yg lebih tinggi insyaallah...mana yg baek tuh bleh d amik dan d jadikan iktibar dan tauladan..dan mn yg buruk tuh hendaklah di buang terus jauh2 supaya xmenggugat pemikiran kite sbg seorang pelajar khususnya...insyaallah kite akn bertemu lg d entry akan dtg dengan bermacam2 lagi cerita disebalik suka dan duka BSMM KUIS tempuhi dlm menaikkan martabat BSMM KUIS d mata masyarakat..insyaallah...
No comments:
Post a Comment